PUTRAJAYA: Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata sebaliknya, gaji permulaan untuk lepasan ijazah sepatutnya naik lebih tinggi kerana gaji minimum ini adalah untuk pekerja tidak berkemahiran.
"Namun, dapatan awal statistik gaji menunjukkan gaji minimum itu digunakan sebagai gaji rujukan untuk membayar (upah) terutamanya lepasan ijazah dan pekerja berkemahiran yang muda.
"Ini satu fenomena yang memerlukan dasar yang segera untuk kita perbetulkan keadaan itu," katanya kepada media selepas melancarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.
Mengulas laporan itu, Rafizi berkata sebahagian besar rakyat Malaysia dibayar gaji rendah, dengan 82 peratus daripada 6.45 juta pekerja pekerja formal bergaji di bawah RM5,000 sebulan dan 35 peratus daripada jumlah itu dibayar RM2,000 ke bawah pada Mac 2023.
"Dengan penerbitan laporan ini, kita boleh yakin bahawa memang kita ada masalah gaji. Ia bukan cakap-cakap saja, sekarang ia boleh disahkan oleh data lebih enam juta pekerja dan perkara ini akan ditumpukan oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata laporan itu juga menunjukkan median upah bulanan bagi pekerja formal pada Mac 2023 ialah RM2,600, tidak jauh dengan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM2,589.
"Kita memang ada masalah besar. Inilah yang dikatakan penstrukturan semula, ia bukan setakat mendapatkan pelaburan dan pertumbuhan (tetapi) memastikan apa jua pertumbuhan dan pelaburan yang kita rancang atau jana, ia harus mencerminkan kehidupan harian tenaga kerja kita," katanya.
Rafizi berkata dasar atau model gaji progresif yang akan dibentangkan kepada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara Isnin ini, akan menjadi latar belakang yang penting untuk kerajaan menangani masalah berkaitan gaji.
"Saya tahu ia cabaran yang besar juga untuk majikan, kita perlu cari jalan untuk kita selesaikan isu ini," katanya yang yakin dasar atau model gaji progresif yang akan dibentangkan nanti dapat dilaksanakan secara pratikal dan mendapat sokongan majikan.
Beliau berkata pihaknya telah mengadakan libat urus dengan kumpulan majikan bagi mendapatkan pandangan dan syarikat kecil serta sederhana yang mempunyai pekerja di bawah 50 orang juga sudah dimaklumkan secara dasar setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023
Rafizi berkata dasar atau model gaji progresif yang akan dibentangkan kepada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara Isnin ini. - Gambar fail
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
TERAJU, Yayasan Peneraju, Ekuinas diberi peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera - Rafizi
Inisiatif penjajaran semula ini juga dilakukan susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini
Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.